BUKIT MERTAJAM: Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya, di sini bermula malam tadi hingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata operasi bermula 11.00 malam itu, dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan yang menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan menganggu ketenteraman awam.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah SPT telah menjalankan operasi itu dan selain menyita 16 buah motosikal dan mengeluarkan 74 keping saman, atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral iaitu samseng jalanan dan operasi secara giat akan diteruskan, bagi membendung kegiatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu tular video di laman sosial sekumpulan penunggang motosikal dipercayai berlumba secara haram dengan turut bertaruh wang tunai sehingga ribuan ringgit kawasan BKE pada minggu lepas dan ia telah menimbulkan kegusaran orang ramai kerana bimbang berlaku kemalangan jalan raya.
Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengeluarkan 109 saman dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Sultan Azlan Shah, dekat sini semalam.
Kenyataan itu memaklumkan Unit Operasi JPJ Pulau Pinang bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timut Laut dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah menjalankan operasi itu bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam.
"JPJ telah mengeluarkan sebanyak 109 saman dan antara kesalahan ialah tiada lesen memandu, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tayar haus berlebihan dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, JPJ turut menyita sebuah lori membawa muatan gelung besi yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun, kerana memandu kenderaan perkhidmatan perdagangan di bawah umur.
"Pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak mempunyai Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) dan syarat untuk mendapatkannya mestilah berusia 21 tahun ke atas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Operasi itu adalah usaha membanteras kegiatan samseng jalanan yang menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan menganggu ketenteraman awam. - Gambar/ PDRM
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Koperal polis cedera dilanggar mat rempit
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
Lagak samseng jalanan malam minggu 'makan diri'
Sepanjang operasi ini, JSPT turut mengeluarkan 101 saman hasil pemeriksaan 60 penunggang motosikal.
50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan
Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.
21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
Polis cekup dua lelaki, rampas motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menahan dua lelaki selain merampas sebuah motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kota Masai, pada Sabtu.
Lelaki guna nombor plat 'sayang awok' ditahan
Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan pada awal pagi Ahad.
Samseng jalanan ketika Aidilfitri dicekup
Empat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun ditahan secara berasingan.
Berlagak samseng jalanan, dua sekawan didakwa di mahkamah
Hariprasat dan Kali Maniam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.